Aktiviti bersama bayi

Image may contain: 1 person, baby and close-up

Bayi juga merasa kesunyian dan bosan. Setelah semua keperluannya seperti tidur, menyusu, dan mandi sudah dipenuhi. Bayi ingin melakukan sesuatu untuk menghilangkan rasa sunyi. Oleh itu, ada 4 idea aktiviti yang boleh dicuba.

1.Permainan lembut

Bayi yang masih kecil memerlukan permainan yang selamat misalnya permainan jenis lembut atau kain. Biasanya mainan jenis ini dijahit kemas dan boleh dibasuh. Lazimnya, apabila barang permainan itu menjadi kegemarannya, ia akan dipenuhi air liur dan dibawa ke mana-mana sahaja. Oleh itu, permainan lembut mudah dibasuh untuk menjaga kebersihannya. Sambil baring anda boleh bermain dengan anak dengan menggunakan permainan lembut ini. Permainan ini merangsang perkembangan motor halus dengan menyentuh dan menarik permainan ini.

2.Tepuk amai-amai

Bayi menyukai bunyi yang ada di persekitarannya termasuk bunyi yang dihasilkan daripada tepukan tangan. Sambil tepuk tangan, anda boleh menyanyi lagu ‘tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu,tepuk adik pandai,siang malam upah susu. Ia bukan sekadar perbuatan biasa supaya anak rasa seronok dan terhibur, ia juga membantu perkembangan motor dan kognitif anak-anak.

3.Permainan bunyi

Terdapat banyak permainan yang mengeluarkan bunyi buat bayi. Pilihlah permainan yang bersaiz besar, berwarna dan mengeluarkan pelbagai bunyi. Kebiasaan permainan ini boleh dipicit atau ditekan bagi mengeluarkan bunyi. Pastikan ia lebih besar daripada mulut bayi untuk mengelak tercekik. Selain permainan elektronik, anda juga boleh membacakan buku kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak kecil mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi.

4.Ayun badan

Bermain dengan bayi kecil memberi simulasi kepada anggota badan dan minda mereka. Permainan ayun badan ini mampu memberi simulasi kepada bayi. Permainan ini boleh dilakukan di rumah pada bila-bila masa tanpa memerlukan peralatan. Anda hanya perlu memegang bayi dengan kedua belah tangan dengan mengayun perlahan. Selepas beberapa gerakan, peluk bayi sambil cium dan nyatakan anda sayang kepadanya.

5.Berbual

Bercakaplah dengan bayi anda sekerap yang boleh dalam ayat yang mudah dan jelas. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Dia mungkin tidak faham apa yang anda katakan, tetapi dia akan gembira melihat apa yang anda lakukannya kepadanya. Lihat dan tunjuk pada perkara-perkara yang anda perkatakan. Daripada usia bayi enam bulan, dia sudah boleh mengekori pandangan anda dan akan tahu objek apakah yang sedang anda ceritakan

Info ini dipetik daripada Malajah Pa&Ma

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s