OVULATION PREDICTOR KITS (OPK)

Apa itu OPK?

OPK (ovulation prediction Kit) alat yg digunakan untuk mengesan ovulasi bagi merancang/mengelakkan kehamilan.

Bagaimana alat itu berfungsi?
Ovulasi adalah saat kesuburan bagi seorang wanita di mana ovum (telur) telah sedia untuk disenyawakan, telah berpisah dari organ ovari.
Luteinizing Hormone (LH) adalah hormon yg berfungsi mengeluarkan ovum drp ovari.
Pada hari ovulasi kandungan LH berada pada tahap tertinggi dan setelah dimetabolismakan akan keluar melalui air kencing.

Bilakah hari yg sesuai untuk melakukan ujian ini?
Cara pengiraan:
-kira panjang kitaran haid secara purata. Kitar haid dikira bermula dr hari pertama pendarahan (CD1) sehingga hari terakhir sebelum darah haid bermula semula.
-Kiraan secara purata berdasarkan pengiraan beberapa kitaran haid sebelum ini (sekurang2nya 6 kitaran)
Tolakkan 17 hari dari panjang kitaran haid.
-cth: panjang kitar haid ialah 28hari, maka 28-17 =11. Maka lakukan ujian pada hari ke 11.
-Teruskan selama 6 hari berikutnya.
-rujuk jadual utk contoh pengiraan.

Panjang Kitaran Haid Hari untuk lakukan ujian
21 Hari ke 4
22 Hari ke 5
23 Hari ke 6
24 Hari ke 7
25 Hari ke 8
26 Hari ke 9
27 Hari ke 10
28 Hari ke 11
29 Hari ke 12
30 Hari ke 13

…….ujian diteruskan utk 6 hari berikutnya

OPK berfungi mengesan LH ketika ia berada di paras tertinggi (LH Surge)
Jika ujian OPK positif, biasanya 12 hingga 36 jam berikutnya telur akan dikeluarkan dan ovulasi serta tahap kesuburan adalah maksima. Proses persenyawaan di tahap terbaik pada ketika itu.

klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal
klik sini untuk menambah kualiti sperma di dalam air mani

**link ini dirujuk drp penulisan blog Dr Zubaidi…..follow di sini

Cara menggunakan OPK
Baca arahan pada kertas yg dilampirkan dalam kotak OPK.
Waktu terbaik utk lakukan ujian adalah antara 2.00-2.30ptg.
Ini kerana LH pada hari itu teah sedia utk diuji menggunakan air kencing pada waktu itu.

JANGAN lakukan ujian itu sebaik bangun drp tidur kerana mungkin dia akan terlepas hari pertama.
Kurangkan pengambilan air yg diminum 2 jam sebelum ujian.
Ujian mesti dilakukan pada waktu yg sama bagi tempah sekurang2nya 7 hari.
Masa reaksi utk tindakbalas ujian adalah 5 minit. Ini bermakna seseorang itu harus menunggu 5 minit sebelum boleh melihat keputusannya.

babymad_mid_results

OPK

OPK mempunyai 2 jalur, C dan T
C = control, utk memastikan alat ini berfungsi atau tidak
T = test. memberitahu sama ia positif atau negatif

Ujian ini menjadi POSITIF (terdapat LH Surge) apabila terdapat jalur pada bahagian ujian yg SAMA TERANGdgn jalur kawalan.
Ujian ini adalah NEGATIF apabila pada bahagian test tidak wujud atau jalurnya tidak terang.

**Jika jalur ujian (T) tidak terang, ia dikira NEGATIF kerana di dalam badan seornag wanita itu tetap mempunyai hormon LH yg rendah. Ia bukan LH Surge (LH tertinggi)

Kesan ubat penyubur pd OPK
Jika mengunakan ubat subur Clomid ia boleh memberikan keputusan false positif, OPK menunjukkan bacaan positif padahal tiada LH Surge yg berlaku.
Dinasihatkan utk menunggu 3 hari slp tamat penggunaan ubat subur sebelum memulakan ujian OPK.
Antara ubatan lain yg boleh mempengaruhi keputusan OPK ialah Pergonal, Humegon atau Repronex (ubatan ini mengandungi campuran LH dan FSH)
Bagi ubatan suntikan penyubur spt Gonal-F, Follistim dan Fertinex ia tidak mempengaruhi ujian OPK kerana hanya mengandungi hormon FSH shj.

Tulisan ini dipetik dan dirujuk drp bbrp blog ttg OPK dan pengunaannya serta drp blog Dr Zubaidi.
Penjelasan secara lengkap dan detail anda boleh rujuk di sini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s