2D Detail Scan 18-22mgg

2D Detail scan

Adakah perlu?
2D scan, yang hitam putih tu, boleh buat growth scan dan detail scan.
Biasa di klinik kesihatan hanya buat #growthscan sahaja.
Apabila drp growth scan didapati suspicious, doc akn rujuk kpd pakar utk 2d detail scan.
Anda juga boleh request utk 2d detail scan di klinik yg menyediakan perkhidmatan ini.

Growth scan ni untuk tgk perkembangan bayi dalam kandungan scr asas.
Sama ada perkembangan mengikut tempoh kandungan atau tidak.
Antara parameter yang diperiksa masa growth scan:

1 Biparietal diameter (BPD)
ukuran diameter kepala

2. Head circumference (HC)
ukurlilit kepala.

3. Abdominal circumference (AC)
ukurlilit abdomen.

4. Femur Length (FL)
panjang tulang peha.

5. Air ketuban

6. Kedudukan placenta (Uri)

7. Degupan jantung (FHR)

Bila waktu yg sesuai?
2D detail scan boleh dilakukan bermula 18mgg-22mgg.
Sy lebih suka menerima detail scan pd peringkat 20mgg-24mgg berdasarkan keupayaan mesin scan yg diguna pakai dikebanyakkan klinik2 di Malaysia
(kec klinik pakar, mesin lebih canggih)
Antara 25-30mgg juga masih boleh dicuba dgn bbrp limitation pd detail yg boleh diukur cthnya spt nuchal fold (hanya sah diukur drp 18-22mgg).
Keadaan fizikal si ibu juga memainkan peranan.
(jika perut tebal ssh nak tgk yea terutama bhgn jantung baby)

#detailscan lebih banyak parameter yang akan diperiksa, seperti;
struktur dalam otak bayi dari segi saiz, jantung, perut, buah pinggang, tulang belakang, tulang tangan dan jari, pundi kencing, tali pusat air ketuban, bentuk uri hidung, mulut dan banyak lagi.

1. Bentuk dan struktur kepala bayi anda.
Pada peringkat ini masalah otak yang serius, dapat dilihat.

2. Muka bayi anda, untuk memeriksa bibir sumbing namun sumbing lelangit dalam mulut bayi adalah sukar untuk melihat dan selalunya tidak dapat dikesan.

3. Tulang belakang bayi anda,utk memastikan tidak ada tulang belakang yang terkeluar dari kulit.

4. Dinding abdomen bayi anda, memastikan ia meliputi semua organ-organ dalaman seperti perut, buah pinggang dan diafragm.

5. Jantung bayi anda. Kedua-dua bahagian atas (atrium) dan bahagian bawah dua ruang (ventrikel) . Injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. sonographer anda juga akan mengkaji urat utama dan arteri yang membawa darah ke dan dari hati bayi anda.

6. Buah pinggang bayi anda. doktor akan memeriksa bayi anda mempunyai dua buah pinggang, dan air kencing yang mengalir bebas ke dalam pundi kencing.

Dengan memeriksa semua parameter secara detail seperti ini, kebanyakan kecacatan yang dapat dilihat secara kasar boleh dikesan dari awal.
Namun kecacatan genetik, masalah darah dan hormon tidak dapat dikesan melalui detail scan.

Dan harus diingat bahawa jika detail scan adalah normal tidak bermaksud bayi itu adalah 100% sempurna.

SEBAIKNYA LAKUKAN PEMERIKSAAN SECARA BERKALA DGN DOKTOR PERUBATAN ANDA UTK MEMASTIKAN KANDUNGAN BERADA DLM KEADAAN SIHAT SEJAHTERA.
DOA JUGA JGN LUPA!

download (6)
like FB pages admin mysonores ultrasound

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s