Pantang Larang Semasa Di Dalam Pantang, Orang DuluDulu…

16298620_153285048505706_5554499438425709727_n.jpg

Pantang Larang
Semasa Di Dalam Pantang, Orang DuluDulu…
.
Sesetengah orang pantangnya 40 hari selepas bersalin. Setengahnya pula berpantang selama 44 hari. Dana da juga yang berpantang sehingga 60 hari. Tidak kisah anda berpantang berapa hari, tapi yang penting adalah bagaimana anda menjalani rutin berpantang sepanjang tempoh yang tersebut?Mengikut tradisi nenek moyang kita, ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi semasa seorang ibu itu berada dalam
pantang selepas bersalin.
.
Antaranya adalah seperti :-
.
1- Dilarang tidur tidak berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit
kepala. Tidur tidak berbantal juga boelh menyebabkan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke
kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
.
.
2- Memakai sarung kaki (stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin. Jika angin menguasai badan, kesihatan ibuibu
akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga
kesihatan ibu
.
.
3- Jangan duduk mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan anak duduk mencangkung, perbuatan ini boleh menyebabkan rahim
yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
.
.
4- Mandi duduk di bangku
Ketika mandi hendaklah duduk dibangku. Ini bertujuan supaya kesihatan peranakan terjaga. Dengan duduk
dibangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam
keadaan lemah.
.
.
5- Rapatkan kaki bila tidur
Jika tidur hendaklah merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
.
.
6- Jangan terlalu aktif
Ibu yang baru melahirkan bayi hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika
ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumah tangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga
yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
.
.
7- Jangan makan ubi-ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan-makanan dari jenis ubi-ubian sepeti keladi, keledek dan ubi
kayu kerana makanan seperti ini boleh menggangu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan
sakit perut. Terutamanya ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak
melalui air susu badan.
.
.
8- Jangan tidur di waktu matahari naik
Ibu-ibu tidak dibenarkan tidur sewaktu matahari naik, kerana ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah
lesu dan sakit-sakit. Lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
.
.
9- Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang melahirkan anak di larang tidur di waktu senja kerana waktu inilah syaitan sangat suka
berkeliaran. Jika diamalkan tidur pada
waktu ini dikhuatiri, fikiran ibu-ibu dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
.
.
10- Jangan Menjahit Pakaian dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah
boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
.
.
11- Tidak boleh keluar rumah waktu senja
Ibu-ibu di dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja,waktu ini syaitan berkeliaran dan mungkin boleh
mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
.
.
12- Ibu Jari Tidak boleh Terhantuk
Ibu-ibu yang dalam pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Dikhuatiri, jika terhantuk
boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan. Ini bergantung juga sekiranya badan ibu itu lemah.
.
.
13- Pantang 100 hari
Ibu-ibu digalakkan pantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin bersama suami. Cara ini
akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu tersebut.
.
.
Semoga Bermanfaat dan Selamat Berpantang , Mommies!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s